Audit Dalaman

Apakah tujuan audit dalaman dilaksanakan

Tujuannya adalah untuk menilai keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti sesebuah organizasi selaras dengan keperluan MS ISO 9001:2000.

Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan Audit Dalaman di sesebuah organisasi:

1. Wakil Pengurusan Kualiti
2. Pasukan Audit Dalaman - Tentulah pekerja yang telah menghadiri kursus audit dalaman yang telah dianjurkan oleh badan kursus yang diiktiraf.

Penemuan Audit Dikategorikan seperti berikut:

i)Ketidakpatuhan Ketara (Major Non-conformity)
ii)Ketidakpatuhan Kecil (Minor Non-conformity)
iii)Pemerhatian

Apa itu Audit Susulan

Ia adalah audit yang akan dilaksanakan apabila terdapat sesuatu ketidakpatuhan yang perlu dibuat tindakan pembetulan. Ini adalah untuk memastikan semua elemen dan komponen ISO yang terlibat dipatuhi.